Saturday, September 17, 2016

Pengenalan

As salam/ Hi...


Jom sertai kami di Kelas Tuisyen SAINS : Tingkatan 3 Cikgu Nurul secara online.

Sangat mudah

Boleh dilakukan pada bila-bila masa (tidak terikat pada masa tertentu)

Anda sendiri yang menentukan tempoh masa pembelajaran

Selain menggunakan PC, aplikasi telefon pintar juga tersedia untuk anda


Ingin tahu dan mencuba kelas secara PERCUMA? Klik pautan di sebelah kanan: Kumpulan Percubaan 


NANTI DULU!!


Baca dahulu langkah-langkah membuka akaun Schoology dipautan sebelah: Langkah Pertama (Daftar Schoology)

Kemudian, barulah pilih kumpulan sasaran anda? Hheh...

Istimewa sangat ker Kumpulan Sebenar nih?

Lihat jadual di bawah: 
 



Jika anda terlalu bijak... JANGAN sertai kelas ini!

---> Anda sepatutnya belajar sendiri sahaja!


Namun, kelas tuisyen ini sesuai untuk anda yang 
... asyik lupa jer
... asyik, asyik kompius jer 
... asyik tensyeeeen jer bila belajar terlalu lama

Sains PT3 ni banyak menggunakan kemahiran aras tinggi. Tetapi kalau pengetahuan asas masih lemah, bagaimana mahu menguasai soalan-soalan KBAT?

Di sini, anda akan belajar bukan sahaja soalan-soalan berbentuk PT3, tetapi juga latihan soalan-soalan objektif yang membantu menguasai pengetahuan dan pemahaman sains tingkatan 1/ 2/ 3. 


Kepada ibu bapa,

Anda juga boleh memohon akaun sendiri di Schoology. Anda dapat melihat perkembangan pembelajaran anak-anak dari semasa ke semasa dan melihat kalendar/ takwim untuk aktiviti akan datang.

Sila dapatkan maklumat lanjut di pautan sebelah : Akaun Ibu Bapa

Akaun ibu bapa adalah berbeza daripada anak-anak. Oleh itu, anak-anak mempunyai privasi sendiri kecuali keputusan latihan dan ujian (hahaha...)

Anda masih tidak rasa ini hebat??.....

Baik!! Anda juga akan diberi hadiah misteri berupa tunai atau benda bagi penyertaan berbayar yang sentiasa aktif. (Saya tidak kata, PALING aktif. Yang sentiasa aktif juga berpeluang)

Bersedialah untuk mengalami suasana pembelajaran yang lebih selesa dan mudah.


Bagi pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2, bersedialah dengan pembukaan baru perkhidmatan ini. Saya akan umumkan pada masa akan datang. ^_^