Akaun Ibubapa

Permohonan Akaun Schoology
Ibubapa juga boleh memiliki akaun Schoology untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak.

Anda perlu momohon Access Code melalui anak-anak yang telah sedia ada akaun di Schoology Cikgu Nurul. (Kaedah ini lebih cepat. Namun, mungkin anak-anak TAK nak bagi. Hheh... )


Penambahan Jumlah Akaun Anak Dalam Akaun Ibubapa
Anda boleh menambah jumlah daftar anak pada akaun anda asalkan anda ada kod accessnya.


Username Dan Password
Setiap ibubapa perlu mengingat sendiri username dan password masing-masing. Jika hilang, anda perlu memohon melalui anak anda (anak anda boleh menghubungi saya melalui butang message di akaun mereka). Kemudian, saya akan reset password dan message semula anak anda untuk tindakan seterusnya. 


Perbezaan Akaun Anak Dengan Akaun Ibubapa

Akaun ibubapa tidak dapat melihat semua perkara  yang disediakan untuk akaun anak. Namun, ibubapa masih boleh melihat keputusan setiap latihan, ujian/ peperiksaan, kehadiran (attendance) dan kalendar pembelajaran.

Info (update) akan dikawal oleh admin sama ada boleh dilihat oleh ibubapa atau tidak. Malah, nama anak atau pelajar-pelajar lain boleh ditetapkan sebagai "Anonymous" untuk menjaga privasi mereka.

Ibubapa juga boleh menghantar message kepada admin melalui akaun ini untuk sebarang pertanyaan.