Langkah Pertama (Daftar Schoology)

Segala aktiviti tuisyen online adalah melalui Schoology.


Schoology adalah satu perkhidmatan internet berasaskan pendidikan. Ia digunakan di seluruh dunia sebagai salah satu tapak pembelajaran atas talian.

1.  Klik pautan INI untuk ke Schoology.

2.  Kemudian, klik "Sign Up" seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas.

3.  Klik butang "Student":


 4.  Taipkan Access Code yang telah anda salin sebelum ini (nombor ini boleh berubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, sebelum pendaftaran, anda perlu memeriksa nombor ini di halaman jenis kumpulan yang anda pilih - lihat pautan kanan). 


5.  Kemudian, klik butang Continue.


6.  Lengkapkan borang berikut:

  • First Name - Nama penuh anda
  • Last Name - Nama bapa anda
  • Email or Username - Jika ada email sendiri, gunakan. Jika tiada reka lah sendiri (hahahaha...). Tetapi, ia mestilah unik dan senang diingati (oleh anda sendiri jer!).
  • Password(Reka sendiri tetapi perlu hafal kata kunci ini)
  • Confirm Password - Salin semula password di atas
  • Birthday - Tolong isi yaa!  *^_^*
Email rekaan mestilah dilengkapi dengan "@yahoo.com". Ini bagi mengelakkan kesukaran setiap kali anda ingin login ke akaun schoology ini. Walaupun ianya hanya rekaan, ia digunakan sebagai identiti anda dalam akaun ini.

Ingat! Anda mesti berusaha mengingat Email dan Password. Kegagalan ini hanya akan menyebabkan anda tidak dapat mengakses ke akaun anda.

Jika berlaku, JANGAN bina akaun baru yang lain. Tetapi klik pautan Lupa Password (juga di pautan kanan). Jika anda membina akaun baru, Markah dan semua latihan dari akaun lama TIDAK akan dipindahkan ke akaun baru! Yuran juga TIDAK akan dipindahkan.


6.  Klik butang "Register".